Sekolah Menengah Sains Miri ditubuhkan pada 1 Januari 1990. Ia merupakan sekolah berasrama penuh yang pertama dibina di Sarawak. Terletak di kilometer 10 jalan Bakam yang dibina atas tanah seluas 18.66 hektar.

Kumpulan pelajar yang pertama yang mendaftar terdiri daripada para pelajar Tingkatan 1, 4 dan 6 rendah. Semenjak penubuhannya, sekolah ini telah ditadbir oleh 4 orang pengetua iaitu :

 

1

Puan Zakiah Bt. Haji Omar

1990 – 19

2

Encik Mohd Baharin B. Harun

1992 – 1997

3

Puan Rosey Haji Bt. Yunus

1997 – 2006

4

Puan Lily Bt. Haji Morni

2007 -2008

5

Puan Hajah Serina bt Sauni

2008 - sekarang

 

Lencana Sainsri

Bulatan Besar: melambangkan bentuk yang sempurna dan keadaan yang seimbang sebagai asas sesebuah sekolah

Bulatan Roda Bergigi
: melambangkan sumber penggerak tenaga yang bergerak yakni penyalur ilmu pengetahuan dan maklumat yang berterusan

Segitiga di tengah
: melambangkan asas pelantar minyak bagi melambangkan Miri sebagai sebuah Bandar Minyak dan bentuk yang dinamik serta sentiasa menuju ke atas yakni kejayaan dan kecemerlangan

Graduan
: melambangkan cita-cita yang tinggi ke menara gading

Obor di tengah
: melambangkan semangat yang berkobar-kobar dalam ko-kurikulum demi melahirkan generasi yang sihat, cergas dan bersemangat setiakawan

Buku yang Terbuka
: melambangkan sekolah sebagai agen penyebar dan penyampai berbagai maklumat yang menyeluruh

Bulan dan bintang
: melambangkan kesucian agama iaitu agama adalah penting sebagai pembentuk insan yang beriman dan berakhlak mulia