Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Peringkat Daerah Miri
Pendaftaran Tingkatan 1 Ambilan ke 2
Tuesday, 14 February 2012 23:08
Author: Ee Reen Jarip
Proses pendaftaran pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 Ambilan ke 2/2012 akan diadakan pada hari Rabu (15 Februari 2012). Majlis akan bermula pada jam 8.00 pagi. Ringkasan aturcara adalah : 8.00 : Pendaftaran bermula di Dewan Sri Pahlawan 11.00 : Rehat 11.20 : Ucapan aluan Pengetua Cemerlang : Taklimat Laman Web Sekolah 11.45 : Sambungan Sesi Pendaftaran 1.00 : Sesi Pendaftaran bersurai (ke Bilik Penyelia Asrama) PENDAFTARAN TINGKATAN 1/2012
Wednesday, 04 January 2012 00:04
Author: Ee Reen Jarip
Pendaftaran pelajar baru Tingkatan 1 Sesi 2012 bermula pada hari ini, Rabu, 4 Januari 2012 di Dewan Sri Pahlawan. Sesi pendaftaran bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Minggu Orientasi bermula setelah pelajar baru selesai mendaftar dan melaporkan diri ke asrama. ATURCARA MAJLIS 8.00am Pendaftaran bermula 11.00am Rehat 11.20am Ucapan Aluan Pengetua Cemerlang Pengenalan Laman Web Sekolah 11.45a.m- 3.00p.m Sambungan Sesi Pendaftaran Mesyuarat Staf dan Kurikulum 1/2012
Friday, 30 December 2011 01:59
Author: Ee Reen Jarip
Pada 30 Disember 2011, bertempat di Bilik Santubong, semua guru dan staf pelaksana menghadiri mesyuarat jam 8.00. Mesyuarat bertujuan untuk membuat persediaan sesi akademik 2012 dan pendaftaran pelajar Tingkatan 1 yang akan berlangsung pada 4 Januari 2012. Pendaftaran Tingkatan 2 hingga 5 akan diadakan pada 3 Januari 2012 mulai jam 9.00 pagi.
Program Peningkatan Professionalisme Guru dan Staf
Thursday, 29 December 2011 05:55
Author: Ee Reen Jarip
Pada 29 Disember 2011 Bahagian 2 Program Peningkatan Professionalisme Guru dan Staf diadakan di Eastwood Golf and Country Club. Program ini dihadiri oleh semua 47 orang guru dan 17 staf sokongan. Program bermula pada 8.00 pagi dan berakhir pada 5.00 petang. Last Updated ( Thursday, 29 December 2011 06:00 ) Kecemerlangan PMR Dikekalkan
Thursday, 29 December 2011 05:52
Author: Ee Reen Jarip
Syabas diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 3/2011 atas kejayaan mereka di dalam peperiksaan PMR 2011. Dari 98 orang calon, 74 calon telah mencapai semua A dalam mata pelajar yang diambil. Ini adalah peningkatan yang sangat membanggakan. Ianya merupakan peningkatan terbaik dalam sejarah SAINSri. Syabas dan diharap pelajar Tingkatan 3/2012 akan meneruskan kecemerlangan ini. MAJLIS PERMUAFAKATAN IBUBAPA GURU 24 SEPTEMBER 2011
Sunday, 11 September 2011 23:54
Author: Ee Reen Jarip
Dimaklumkan bahawa perjumpaan bersama ibu bapa dan guru akan diadakan pada 24 September 2011. Surat makluman sudah diberikah kepada para pelajar sebelum Cuti Hari Raya untuk diserahkan kepada ibu bapa. Ibu bapa boleh membincangkan kemajuan dan prestasi pelajar bersama guru tingkatan dan guru subjek. Last Updated ( Sunday, 11 September 2011 23:59 ) PENGEMASKINIAN MAKLUMAT LAMAN WEB
Monday, 12 September 2011 00:13
Author: Ee Reen Jarip
Harap maaf di atas keadaan laman web yang tidak dikemas-kini dengan berita dan maklumat terkini. Proses mengemas-kini akan dilaksanakan dan dijangka siap dalam masa 2 minggu. Diharap semua pengunjung akan bersabar. Lawatan Kerja dan Mesyuarat Isu Kerosakan Bangunan SainSri
Wednesday, 15 December 2010 04:32
Author: Ee Reen Jarip
Pada 11 Disember 2010, satu lagi rombongan lawatan yang diketuai oleh Yang Berbahagia Dato Badarudin Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau disertai oleh Pn. Ashah bt Samah, Pengarah Bahagian Pengurusan SBP, pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan KPM - En.Omar Taib, En. Zahari Mad, En. Rudi Johan, Cik Sarina Shahrom, En. Masrol Ibrahim, Cik Jaidah Hj Alek, Timbalan Pengarah Pelajaran Sarawak, Pn. Hajah Fatimah Hamid, Ketua Unit Menengah SPS JPN Kuching, En. Awang Dewa Awang Mahran, Ketua Unit, Unit Pembangunan JPN Kuching, En. Abang Noraffian Hj Abang Ibrahim, Ketua Sektor SK2P, JPN Kuching, Pn. Rosnani Hj Yunus, PPD Miri, Pn. Norlia Jol, Penyelia Pelajaran PPD Miri, En. Law Siong Lee dan En. Tan Kiang Tuang.
Last Updated ( Wednesday, 15 December 2010 05:08 ) Lawatan Pemantauan Projek Pembangunan Sekolah di Negeri Sarawak
Saturday, 04 December 2010 09:45
Author: Ee Reen Jarip
Pada 2 Disember 2010, SainSri telah dilawati oleh Yang Berusaha Tuan Haji Nazirruddin bin Abd Rahman, Setiausaha Bahagian Pembangunan, Kementerian Pelajaran Malaysia bersama rombongannya. Beliau dan rombongan telah melawat seluruh kawasan sekolah diiringi oleh Pengetua, Puan Hajah Serina bt Sauni bersama Penolong Kanan 1, Pn. Haslinda bt Jedi dan Penolong Kanan Koku, En. Syahrul Azinar bin Abdul Rahman.
Last Updated ( Saturday, 04 December 2010 10:20 ) Johan Pertandingan Lorong/Sudut PPDa Peringkat Negeri Sarawak dan Tempat ke-3 Pertandingan 3K
Author: Ee Reen Jarip
Syabas dan tahniah kepada semua warga SainSri yang telah bersama-sama berusaha menjayakan usaha untuk Pertandingan Lorong/Sudut PPDa dan Pertandingan 3K. SainSri telah menjadi Johan Peringkat Negeri Sarawak untuk Pertandingan Lorong/Sudut PPDa dan mendapat tempat ke-3 untuk Pertandingan 3K.
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>
Page 1 of 8




















